SIAPA yang mampu menidakkan bakat pemilik nama Jay Iswazir ini. Dia bukan calang-calang kerana lakonan, penjiwaan dan karismanya begitu terserlah dalam setiap naskhah yang dijayakan.
Namun, pujian itu bermusim. Tatkala tiada naskhah atau karya melibatkan Jay, namanya seakan-akan terus sunyi.
Seperti tiada khabar, kontroversi atau cerita sensasi. Walaupun diperakui bakat, populariti masih belum cukup memeluk erat pelakon ini. Apa yang menjadi batu penghalang?
Dikenali tetapi tidak cukup popular, diakui namun belum cukup menikmati sentuhan dunia glamor. Jay, Jawablah!
APABILA ada produser bertegas mengutamakan rupa paras untuk bergelar pelakon, ada yang membidas, malah ada juga bersetuju. Pendirian Jay pula bagaimana?
Tentang itu, boleh saya senyum sahaja sebagai jawapan? Tetapi jujurnya, kita perlu lihat dari pelbagai sudut. Kita perlu tengok latar belakangnya juga. Dari sudut dia, itulah kebenarannya. Tidak boleh dina kan. Tetapi, penonton sekarang sudah bijak. Mereka tidak menilai semata-mata disebabkan rupa paras. Saya tidak mahu cari masalah. Cuma, saya percaya, bila kita buat sesuatu dengan betul dan ikhlas, pasti ada hasilnya. Kita juga kena tengok, apa pasaran sekarang mahu. Saya bercakap daripada pengalaman. Beberapa kali saya ditolak, sampai perasaan kena reject itu sudah jadi norma, kebiasaan. Itu semua pengalaman.
Jay marah dan kecewa bila berhadapan situasi begitu?
Bayangkan, kalau nak jadi extra pun kena reject, macam mana itu? Tapi kalau sampai lebih 20 kali ditolak, rasa marah itu sudah tiada. Dulu memang marah dan kecewa juga, tetapi saya dapat apa? Saya kaji dulu apa berlaku dan tengok diri sendiri. Kenal pasti apa masalah. Kalau saya mengamuk, tidak jadi apa. Nak lawan kena tenang dulu. Lakonan adalah minat dan cinta saya. Jadi, kena betulkan dan perbaiki diri.
Apa dimaksudkan Jay dengan perbaiki diri?
Saya bersyukur didekati orang yang baik dalam industri. Mereka sentiasa menasihat dan memberi kritikan membina. Nasihat mereka membuatkan saya positif menjalani kehidupan dan perjalanan dalam industri. Saya persiapkan diri, cipta imej dan pilih pakaian sesuai. Rupa paras juga dijaga. Saya tidak ada benda lain untuk dijual selain bakat. Jadi, saya groom diri. Ambil yang positif, jangan cepat melatah bila orang kritik.
Ramai mengagumi lakonan dan bakat Jay, tetapi ada pula berpandangan pujian itu bermusim. Bila ada naskhah hebat, baru nama Jay jadi sebutan. Komen?
Bagi saya itu strategi. Pujian itu tidak kira bermusim atau tidak, kita harus bersyukur. Tetapi, tetaplah membumi. Saya bukan jenis cepat koyak. Itu juga satu bentuk penghargaan.
Adakah Jay bersetuju, populariti memerlukan kontroversi?
Adakah Jay sanggup mencipta populariti dengan kontroversi? Saya pernah ter kir, adakah satu hari nanti saya juga kena buat begitu. Saya tidak bercakap untuk orang lain. Saya pernah ter kir, adakah saya bersedia untuk berhadapan semua itu? Salah ke kalau kita cipta kontroversi? Tetapi untuk apa, kita dapat apa? Saya sendiri pernah berdepan kontroversi yang bukan sengaja dicipta. Tidak perlu salahkan orang lain. Perkara sudah berlaku, move on. Cuma, situasi itu buat saya ter kir, adakah saya sanggup begitu? Tepuk dada, tanya selera.