PRU5: Iron Man muncul mengundi di SK Bukit Sagu 

PRU5: Iron Man muncul mengundi di SK Bukit Sagu 

MOHD. Shah Riduwan Abdul Rahman mengenakan pemakaian kostum adiwira Iron Man ketika mengundi di SK Bukit Sagu di Kuantan, Pahang. - FOTO/DIANA SURYA ABD. WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Demi memeriahkan hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini, seorang bapa kepada tiga anak sanggup mengeluarkan belanja sebanyak RM2,500 untuk tampil sebagai seorang adiwira ‘Iron Man’.

Mohd. Shah Riduwan Abdul Rahman, 37, memilih mengenakan kostum ‘Iron Man’ kerana ingin membuat satu kelainan di samping memberikan keterujaan kepada penduduk setempat yang turut keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Sagu di sini. 

Menurut Mohd. Shah, penampilan itu membuatkan dia dikerumuni bukan sahaja kanak-kanak malah menjadi tumpuan penduduk untuk merakamkan gambar.

“Hari mengundi kali ini saya buat kelainan sedikit… memandangkan sebelum ini saya mengundi awal iaitu secara pos maka tidak dapat merasai suasana mengundi bersama orang ramai seperti hari ini.

“Jadi, sekarang (hari ini) apabila saya sudah tukar tempat mengundi dan dapat bersama-sama warga Bukit Sagu keluar mengundi, saya pilih mengenakan kostum Iron Man.

“Soal wang ringgit tidak menjadi masalah, yang penting berpuas hati, saya pun sudah lama membeli kostum itu,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Pusat Pembuangan Undi SK Bukit Sagu 1, di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Shah yang memakai kostum itu berjalan hampir 100 meter dari rumahnya untuk ke pusat pengundian sambil bergaya mengenakan kostum tersebut sebagai seorang adiwira.

Mengulas lanjut, beliau yang bekerja sebagai kakitangan Felda Bukit Sagu 1 turut mengakui bahawa usaha itu dilakukan bagi menarik minat terutamanya anak muda untuk keluar mengundi.

Jelasnya lagi, tercapai juga hasratnya itu mengenakan kostum model Iron Man War Machine Mark 3 memandangkan perwatakan kostum ini nampak lebih garang dan hebat.

“Susulan ini, untuk PRU akan datang pastinya saya akan mengenakan kostum lain pula.

“Saya memang sudah ada cadangan untuk mengenakan kostum Transformer yang mana saya sudah pun membuat tempahan awal,” katanya yang turut menerima sokongan  daripada isterinya, Siti Lailatul Mariam Mokhtar.

Kostum Ironman itu mengambil masa hampir 20 minit untuk siap dan lengkap digayakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya