PRU15: Warga emas teruja jumpa Reezal Merican - Utusan Malaysia

PRU15: Warga emas teruja jumpa Reezal Merican

REEZAL MERICAN Naina Merican berbual dengan Chambee Hassan ketika melawat warga emas itu di rumahnya di Kampung Paya Keladi Masjid, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: “Bukan setakat Reezal (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican), semua adik-beradik beliau saya kenal. Tak sangka anak arwah kawan saya ini jadi orang penting di Kepala Batas.”

Itu kata Chambee Hassan, 79, ketika ditemui selepas menerima kunjungan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Kepala Batas itu di rumahnya di kampung Paya Keladi Masjid, di sini hari ini.

Chambee yang kini uzur terpaksa berkerusi roda dengan dibantu oleh anak dan menantunya yang tinggal bersama.

“Dulu saya kerja sekali dengan Habsah (ibu Reezal Merican, Habsah Che Din) dan anak-anak beliau termasuk Reezal makcik dah anggap macam anak saya sendiri.

“Alhamdulillah, seronok tengok dia masih singgah ke rumah saya untuk menjenguk keadaan saya sekarang,” kata ibu kepada empat orang anak itu.

Seorang lagi warga emas, Normah Abu Bakar, 71, turut berterima kasih di atas keprihatinan penyandang kerusi Parlimen Kepala Batas itu yang turun padang melawat suaminya, Saad Che Wan, 76, yang hampir setiap masa kini terlantar di atas katil.

“Kalau dia (Reezal Merican) tak datang ke sini pun sebelum ni, mesti dia akan hantar pembantu cepat-cepat kalau tahu kami ada masalah dan perlukan bantuan.

“Sebab itulah saya pesan kepada anak menantu dan cucu-cucu semua, hat ni (yang ini) saja boleh (bela nasib orang Kepala Batas). Tak ada yang lain dah,” katanya yang tinggal bersama suaminya sahaja ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya