PRU15: Tumpang populariti arwah ibu jadikan Reezal Merican lebih dikenali di Kepala Batas - Utusan Malaysia

PRU15: Tumpang populariti arwah ibu jadikan Reezal Merican lebih dikenali di Kepala Batas

REEZAL MERICAN Naina Merican ketika melawat sebuah keluarga warga emas di Kampung Paya Keladi Masjid, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sebahagian daripada warga emas khususnya di sekitar Kampung Paya Keladi di sini, sudah mengenali beliau sejak kecil iaitu melalui arwah ibunya, Habsah Che Din.

Justeru, beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen itu sejak dua penggal lalu gembira apabila berpeluang menjenguk golongan itu termasuk rakan kepada arwah ibunya yang kini sedang uzur ketika tempoh berkempen kini.

“Dulu, saya dikenali sebagai anak kepada Misi Besah (nama panggilan arwah ibunya yang bertugas sebagai jururawat). Jadi, orang tahu saya ini anak kepada Misi Besah.

“Barangkali, ia (populariti arwah ibu) membolehkan saya menumpang kepada sedikit keupayaan sekali gus membuka ruang untuk saya lebih dikenali kerana mereka telah melihat saya membesar di sini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa melakukan program Ziarah Kasih terhadap warga emas serta mereka yang kurang berkeupayaan di sekitar Kampung Permatang Tinggi B dan Kampung Paya Keladi Masjid, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Reezal Merican menganggap perjalanan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) beliau di Kepala Batas setakat ini amat memuaskan.

“Pengundi tak ada buat apa-apa permintaan sangat. Mereka cuma nak tengok wajah saya (turun padang) kerana pembangunan di Kepala Batas ini sebenarnya agak pesat.

“Walaupun (tinggal) di kampung, mereka berada tidak jauh dari pusat bandar dan ini menjadikan mereka berasa kecukupan dalam kehidupan mereka,” ujarnya.

Reezal Merican berkata, melalui beberapa pertemuan termasuk dengan generasi muda pula, antara isu yang dibangkitkan ialah berkaitan perumahan.

“Sebab itulah saya membawa PPR (projek Program Perumahan Rakyat) ke Kepala Batas iaitu untuk melihat mereka yang berada pada paras B40 dan tak mungkin dapat memiliki rumah tanpa intervensi kerajaan berpeluang untuk berbuat demikian,” katanya.

Tambah beliau, isu pendidikan juga dititik-beratkan dalam pertemuan itu terutama melibatkan hal ehwal kewangan seperti yuran dan lokasi pengajian serta beberapa hal lain yang berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya