PRU15: Tidak wajib isytihar harta, atas kehendak sendiri - PM

PRU15: Tidak wajib isytihar harta, atas kehendak sendiri – PM

ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) hadir pada Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Bera, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada akta yang mewajibkan calon wakil rakyat mengisytiharan harta milik mereka sebaliknya ia boleh dilakukan atas kerelaan sendiri. 

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, hanya Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik dalam Kabinet akan diwajibkan untuk mengisytiharkan harta masing-masing.

“Kita buat perkara yang boleh yang termasuk dalam akta… Apabila sudah menang nanti Ahli Parlimen juga diminta untuk isytihar harta dulu tetapi tidak semua mengisytiharkan harta kerana ia tiada keperluan.

“Ahli Parlimen boleh berniaga tidak perlu isytihar harta tetapi Menteri, Timbalan Menteri wajib isytiharkan harta,” katanya dalam sidang akhbar pada Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, di sini hari ini.

Pada 2 November lalu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pandan mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih dianggarkan kira-kira RM18.85 juta.

Pengisytiharan itu dibuat susulan syarat PKR supaya semua calon parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berbuat demikian.

Ekoran tindakan Rafizi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap perisytiharan harta Timbalan Presiden PKR tersebut selepas suruhanjaya itu mendapati wujud asas untuk berbuat demikian.

Sumber mendedahkan kepada Mingguan Malaysia, siasatan itu dilakukan selepas aduan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dibuat kelmarin wajar diteliti lebih lanjut. 

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, apa yang dilakukan oleh Rafizi adalah keputusannya sendiri dan kini beliau sudah disiasat oleh SPRM.

Menurutnya, Rafizi juga mungkin akan disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) susulan pengisytiharan hartanya.

“Ada yang menjadikan isu ini sebagai modal politik untuk menjadi perangkap kepada mereka yang tidak turut berbuat perkara sama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya