PRU15: Tak pernah terlepas mengundi walaupun cacat penglihatan - Utusan Malaysia

PRU15: Tak pernah terlepas mengundi walaupun cacat penglihatan

WARGA emas yang mempunyai masalah penglihatan, Abu Bakar Abas (kanan) bersama anak lelakinya, Mohd. Amri ketika ditemui selepas mengundi di SJKC Pei Yu, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Masalah penglihatan yang dialaminya sejak kecil tidak pernah menjadi penghalang untuk seorang warga emas di sini menunaikan kewajipannya sebagai pengundi.

Abu Bakar Abas, 74, berkata, dia tidak pernah terlepas daripada mengundi setiap kali pilihan raya umum berlangsung.

“Saya habaq (beritahu) anak nak undi apa dan dia tolong pangkah untuk saya,” katanya ketika ditemui selepas proses pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Yu, di sini hari ini.

Abu Bakar hadir ditemani anak lelakinya, Mohd. Amri Abu Bakar, 42, yang turut mengundi di pusat pengundian sama.

Dalam pada itu, Mohd. Amri memberitahu, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut membantu melancarkan proses pengundian mereka.

“Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar untuk kami hari ini,” katanya yang menetap di Kampung Setol di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya