PRU15: Sivaraj masih berkempen seperti biasa

PRU15: Sivaraj masih berkempen seperti biasa

C. SIVARAJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Serai, Datuk C. Sivaraj masih meneruskan kempennya seperti biasa ketika Pakatan Harapan (PH) tetap mengharapkan mereka diberi laluan di kerusi itu.

Malah, Sivaraj berkata, beliau bersama jentera BN Padang Serai kini melipat gandakan gerak kerja mereka menjelang pusingan kedua kempen sebelum hari pengundian pada Rabu minggu depan.

“Saya menjalankan kempen seperti biasa dan boleh dikatakan lebih agresif. Setakat ini tak ada apa-apa yang diputuskan oleh kepemimpinan atau dimaklumkan kepada saya. Jadi saya akan teruskan kerja. 

“Kalau ada sebarang keputusan saya akan berbincang dengan kepemimpinan kerana pada dasarnya mereka (PH) yang sepatutnya beri laluan kepada kita sebab saya sudah tiga tahun bekerja di sini dan mengenali kebanyakkan pengundi di sini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC mengulas perkembangan semasa keputusan PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang memberi laluan untuk memenangkan calon BN di situ.

Sivaraj berkata, jika mengikut faktor calon, BN memiliki kelebihan dan peluang lebih cerah untuk menang di Padang Serai berbanding gabungan lain.

“(Itu) kalau ikut calon, tapi kalau ikut ideologi parti politik saya tidak tahu bagaimana unjuran yang akan dibuat,” katanya.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai ditangguhkan kepada 7 Disember ini susulan kematian calon PH sebelum ini, mendiang M. Karupaiya yang juga penyandang kerusi itu.

Selain Sivaraj, Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru melibatkan calon PH, Dr. Mohamad Sofee Razak; Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional-PN), Hamzah Abd. Rahman (Pejuang); Mohd. Bakri Hashim (Warisan) dan Sreanandha Rao (Bebas). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya