PRU15: Reezal Merican harap peratusan keluar mengundi cecah 80 peratus - Utusan Malaysia

PRU15: Reezal Merican harap peratusan keluar mengundi cecah 80 peratus

REEZAL MERICAN Naina Merican ketika mengundi di SJKC Pei Yu, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berharap peratusan keluar mengundi khususnya di Kepala Batas sehingga petang ini mampu mencecah antara 80 hingga 85 peratus.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen itu ketika ditemui pemberita berkata, tidak ada sebab untuk pengundi tidak lagi keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

“Alhamdulillah, saya dan isteri (Datin Seri Ismalina Ismail) telah selamat menunaikan tanggungjawab kami untuk mengundi dalam ‘mood’ atau suasana yang amat seronok hari ini.

“Tak kisah siapa yang mereka (pengundi) pilih tapi ini (PRU15) umpama satu ‘pesta’ yang perlu kita raikan bersama,” katanya yang turut optimis berlakunya pertambahan jumlah pengundi dalam kalangan pengundi muda kali ini.

Terdahulu, beliau dan isterinya tiba di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Yu di sini, kira-kira pukul 10.10 pagi dan mengambil masa kira-kira sejam sebelum membuang undi.

Kedua-duanya yang berpakaian sedondon iaitu serba biru juga sempat meluangkan masa bermesra bersama sebahagian daripada pengundi yang mengundi di pusat pengundian sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya