PRU15: PN yakin menang dua pertiga kerusi, bentuk kerajaan - Utusan Malaysia

PRU15: PN yakin menang dua pertiga kerusi, bentuk kerajaan

ABDUL HADI Awang ketika berucap pada program Ceramah Perdana PN di Kubang Semang, Pulau Pinang malam tadi. -Pix IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Parti Perikatan Nasional (PN) positif dapat membentuk kerajaan dengan memperolehi majoriti dua pertiga kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keyakinan itu bersandarkan gelombang kebangkitan rakyat yang diyakini akan memberikan kemenangan kepada PN.

Katanya, tindakan Pas bergabung bersama PN juga bertujuan menyatupadukan ummah sekali gus membentuk kerajaan yang aman dan harmoni.

“Saya bukan biasa pakai lambang biru (PN) ni, tapi sebab nak menyatukan ummah, kita pakai lah.

“Seboleh-bolehnya kita (PN) kena dapat majoriti dua pertiga, maka semua kawasan yang kita bertanding di Pulau Pinang iaitu Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau mesti dimenangi.

“Saya harap rakyat beri peluang dengan memilih PN dan pada 20 November ini, kita tubuh kerajaan, Insya-Allah,” katanya ketika berucap pada program Ceramah Perdana PN di Kubang Semang, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut beliau berkata, PN dapat merasai impian untuk menawan Perlis dan Pahang bakal dicapai susulan sokongan pengundi semakin tinggi selepas bekas pemimpin UMNO yang digugurkan bertanding atas tiket PN dalam PRU15.

“Apabila kita buat begini (calon dua bekas pemimpin UMNO), ada gelombang di Perlis dan Pahang.

“Justeru, diharapkan kedua-dua negeri itu dapat ditawan dalam PRU15 kali ini,” katanya.

Dua bekas ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menjadi calon pada PRU15 menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN) adalah penyandang Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib dan penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya