PRU15: PM ucap takziah kematian calon PN DUN Tioman - Utusan Malaysia

PRU15: PM ucap takziah kematian calon PN DUN Tioman

ISMAIL SABRI Yaakob (tengah) ketika hadir mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong di Bera, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Md. Yunus Ramli atas kematian calon itu awal pagi tadi.

Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membuat sebarang keputusan melibatkan kerusi DUN berkenaan.

“Pertamanya saya hendak ucapkan takziah kepada keluarga calon DUN Tioman yang meninggal dunia.

“Kita serahkan kepada SPR menentukan sama ada meneruskan pilihan raya tanpa Allahyarham atau meletakkan tarikh baharu seperti dilakukan di Padang Serai (Parlimen),” katanya dalam sidang akhbar selepas mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong di sini hari ini.

Calon PN DUN Tioman, Md. Yunus Ramli itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Rompin pada pukul 3.30 pagi.

Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli berkata, susulan kematian calon PN itu, pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Bagaimanapun katanya, pengundian bagi Parlimen Rompin dan DUN Ibam dan Muadzam Shah dijalankan seperti biasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya