PRU15: `Permatang Pauh Berubah’ slogan dari suara hati penduduk - Utusan Malaysia

PRU15: `Permatang Pauh Berubah’ slogan dari suara hati penduduk

MOHD. ZAIDI MOHD. SAID ketika menyantuni pengundi Cina sewaktu turun padang berkempen sempena PRU15 di pekan Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PERMATANG PAUH: Kempen ‘Permatang Pauh Berubah’ yang diilhamkan calon Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen itu, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said bukannya retorik mahupun slogan semata-mata.

Sebaliknya menurut Mohd. Zaidi, semangat itu ada di dalam diri setiap penduduk Permatang Pauh yang menginginkan kemajuan di kawasan tersebut supaya setanding dengan bandar-bandar lain.

Menurut beliau, sejak hari pertama kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lagi, beliau sudah ‘melambakkan’ soalan kepada pesaingnya, Nurul Izzah Anwar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung kemajuan yang dilakukan sepanjang menjadi Ahli Parlimen kawasan itu.

“Serangan saya berdasarkan fakta dan Nurul Izzah perlu jelaskan kepada penduduk mengapa selama 23 tahun di bawah PKR, Permatang Pauh tidak pernah berubah dan sepanjang lima tahun beliau menjadi wakil rakyat, apa yang telah dilakukan untuk penduduk.

“Selama 22 bulan pemerintahan PH pula, apa usaha mereka untuk bantu orang di sini? Tetapi sampai hari ini, Nurul Izzah macam tak berminat nak jawab fakta yang saya kemukakan, sebaliknya jawapannya secara `awang-awangan’ saja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu turun padang bertemu komuniti masyarakat Cina di pekan Permatang Pauh, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau dalam nada sinis menyindir hantaran video Tik Tok Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fahmi Zainol berhubung kemajuan ‘pembangunan’ yang dianggap tiada kena-mengena sepanjang 23 tahun PKR mewakili Permatang Pauh.

“Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Permatang Pauh ditubuhkan pada tahun 1996, Hospital Seberang Jaya (HSJ) pula dilancarkan pada tahun 1995. Semua pembangunan itu sudah dijalankan sebelum 23 tahun pemerintahan PKR.

“Jadi, memang saya rasa beliau kena `TKO’ sebab memang pembangunan di sini kelihatan terbantut,” katanya.

Terdahulu, video Tik Tok yang dimuat naik Fahmi Zainol itu memaparkan pembangunan yang diwujudkan di Permatang Pauh antaranya UiTM, HSJ, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kolej Komuniti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya