PRU15: Perlis kemuka cadangan cuti umum 18 November

PRU15: Perlis kemuka cadangan cuti umum 18 November

AZLAN Man (tiga dari kanan) bersama calon-calon BN di kawasan Parlimen Kangar beramah mesra dengan peniaga di Pasar Pagi Mahkota, Kangar, Perlis, hari ini. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri akan mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mempertimbangkan pelepasan cuti umum pada 18 November ini untuk memudahkan pergerakan pengundi pulang ke kampung halaman masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan daripada Ismail Sabri terlebih dahulu sebelum sebarang penetapan dibuat berhubung perkara itu. 

Beliau berharap, perkara itu tidak dipolitikkan bagi meraih sokongan rakyat menjelang hari pembuangan undi pada 19 November ini.

“Kalau nak raih kemenangan (pada PRU15) dengan hanya beri satu hari cuti, saya rasa itu bukan caranya.

“Namun kalau ia sesuatu yang baik untuk rakyat, mengapa tidak. Dan saya sendiri pun akan cadang pada Perdana Menteri untuk pertimbangkan perkara ini supaya mudah untuk pergerakan pengundi balik ke kampung,” katanya selepas sesi walkabout bersama calon Barisan Nasional (BN) di Pasar Pagi Mahkota, di sini hari ini.

Antara calon BN yang turut sama dalam sesi walkabout tersebut ialah Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya (Parlimen Kangar); Hamizan Hassan (DUN Kayang); Kamaruddin Malik (Kuala Perlis); Saiful Daniel Mohd. Yusof (Sena) dan Lim Weng Khee (Indera Kayangan).

Tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sebelum ini mengumumkan cuti umum pada 18 November bagi memudahkan pengundi untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi membuang undi.

Dalam pada itu, mengulas mengenai sesi walkabout itu, Azlan berkata, semua calon BN bergerak dalam satu pasukan dalam program itu bagi melihat maklum balas pengundi terhadap parti itu menjelang PRU15.

“Pengundi di kawasan ini kebanyakan merupakan kaum Cina dan mereka telah menunjukkan maklum balas positif malah kita dapat melihat perubahan sikap mereka terhadap BN dalam PRU15,” katanya.

Tambahnya, BN Perlis juga dalam misi mempertahankan kerusi yang dimenangi dan merampas kawasan yang tewas pada PRU14 bagi membentuk sebuah kerajaan lebih stabil selepas ini.

Kita yakin akan menang semua kerusi namun BN tidak mahu terlalu selesa dan akan meneruskan kerja keras bersama jentera untuk memastikan kemenangan parti ini dalam PRU15,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya