PRU15: Pas yakin tambah bilangan kerusi dua kali ganda

PRU15: Pas yakin tambah bilangan kerusi dua kali ganda

TAKIYUDDIN Hassan (kanan) mendengar taklimat daripada Pengarah Kanan Projek Solar Terapung Danau Tok Uban, Achmat Nadhrain Ibrahim mengenai persiapan akhir pengoperasian solar Danau Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan. - FOTO/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Pas berada dalam momentum terbaik untuk menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 18 ke 36 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keyakinan itu berpandukan kepada perkembangan dan situasi kempen setiap calon parti itu yang dipantau oleh bilik gerakan.

“PRU15 kali ini menampilkan 64 calon yang bertanding. Setakat ini saya sangat berpuas hati dengan kempen yang dijalankan.

“Setiap hari kita lihat ada kemajuan berkait dengan penerima pengundi terhadap calon yang ditampilkan oleh Pas. Jadi saya optimis kita akan memperoleh kemenangan dua kali ganda pada PRU15 ditambah pula gabungan bersama Perikatan Nasional,” katanya kepada pemberita selepas  tinjauan persiapan akhir pengoperasian solar Danau Tok Uban, di sini hari ini.

Calon Pas Parlimen Kota Bharu itu memberitahu, gabungan bersama PN menambah keyakinan kepada Pas untuk berusaha memenangi lebih banyak kerusi.

Katanya, Pas dahulu hanyalah pembangkang dan menjadi kerajaan di Kelantan sahaja tetapi PRU14 menjadi sebahagian kerajaan Pusat.

“Bila Pas sudah sebahagian daripada kerajaan Pusat, saya lihat kita sudah mula diterima dengan baik oleh rakyat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya