PRU15: Pas Johor reda hanya bertanding 4 kerusi 

PRU15: Pas Johor akur bertanding empat kerusi 

ABDULLAH Husin dalam sidang akhbar mengenai keputusan pucuk pim­pinan PN yang hanya memberikan empat kerusi kepada Pas pada PRU15.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pas Johor reda dengan keputusan pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang hanya memberikan empat kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pesuruhjaya Pas Negeri Johor, Abdullah Husin berkata, pihaknya terpaksa akur dengan ketetapan yang dibuat membabitkan pemimpin ketiga-tiga parti komponen itu sebelum ini.

Beliau berkata, Pas Johor sebelum ini pernah meminta jumlah kerusi yang lebih banyak, namun rundingan yang dibuat bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

“Kami mendengar dan kami taat. Mana ada perkara yang dapat memuaskan hati semua semua pihak, ada tempat yang kita mahu tak dapat, begitu juga dengan parti lain.

“Perlu ada ‘give and take’. Justeru, kita memahami situasi ini dan terpaksalah kita reda dan menerima keputusan ketiga-tiga pucuk pimpinan parti gabungan PN.

“Yang penting ialah kita menanam iltizam dan komitmen untuk memenangi empat kerusi yang ditandingi pada PRU15,” katanya dalam sidang media memperkenalkan calon-calon Pas Johor yang bertanding pada PRU15 di Pejabat Pas di Bandar Baru Uda, di sini hari ini.

Abdullah yang juga Timbalan Pengerusi PN Johor akan bertanding di kerusi Muar, manakala Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dr. Abdul Karim Deraman akan bertanding di Parit Sulong.

Sementara itu, Mohd. Nazari Mokhtar bertanding di kerusi Parlimen Tenggara dan calon tunggal muslimat Pas, iaitu Zanariyah Abdul Hamid di Sri Gading.

Pada PRU14, Pas Johor yang bergerak secara solo bertanding di 20 kerusi daripada 26 kerusi yang dipertandingkan, namun gagal memenangi sebarang kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya