PRU15: Nurul Izzah turut harap Tian Chua tarik diri di Parlimen Batu - Utusan Malaysia

PRU15: Nurul Izzah turut harap Tian Chua tarik diri di Parlimen Batu

NURUL IZZAH ANWAR dalam sidang akhbar di Yayasan Aman, Penanti, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar senada dengan kenyataan penyandang kerusi Parlimen Batu, P. Prabakaran yang mahu Tian Chua menarik diri daripada bertanding di kawasan itu bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) terus mengekalkan kerusi bandar itu.

Katanya, Prabakaran adalah calon termuda yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), malah sehingga kini kekal setia bersama PKR.

“Bagi saya, isu ini adalah perkara penting yang mana kita minta dan mahu orang muda seperti beliau untuk mewarisi suara dalam Dewan Rakyat.

“Beliau seorang calon yang cergas dan sudah melalui pelbagai cabaran, malah diharapkan Prabakaran dapat terus mewakili parti dengan baik,” katanya dalam sidang akhbar di Yayasan Aman, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah yang juga calon kerusi Parlimen Permatang Pauh berkata, PKR memiliki misi dan sentiasa mahu melihat bakat-bakat baharu terdiri daripada orang muda yang boleh berjuang bersama parti.

“Kita nampak ramai calon-calon muda yang hebat mahu mewakili suara rakyat Batu seperti Siti Kassim dan ramai lagi.

“Bagaimanapun, saya tetap menghormati semua calon yang bertanding, namun saya mempunyai harapan yang menggunung untuk melihat pewaris PKR memenangi kerusi itu,” katanya.

Terdahulu, Prabakaran mendakwa tindakan Tian Chua yang bertanding atas tiket Bebas dalam pertandingan 10 penjuru di kerusi Parlimen Batu itu hanya akan menambah kekeliruan ekoran undi terpecah.

Kerusi Parlimen Batu menyaksikan pertembungan 10 penjuru membabitkan calon penyandang, Prabakaran; calon BN, Datuk A. Kohilan Pillay; Azhar Yahya (PN); P. Naganathan (Warisan); Too Cheng Huat (Bebas) dan Zulkifli Abd Fatah (PRM).

Calaon lain termasuk pempengaruh media sosial yang juga ahli perniagaan Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin (Bebas); peguam Siti Kasim (Bebas) serta calon Pejuang, Wan Azliana Wan Adnan.

Pada PRU14, Prabakaran yang bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan lambang Kunci menang kerusi berkenaan selepas mendapat 38,125 undi dengan majoriti 24,438 undi menewaskan tiga lagi individu termasuk Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau (13,687 undi); wakil Pas, Azhar Yahya (10,610) dan Datuk VM Panjamothy (Bebas). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya