PRU15: Mohd. Ridzuan berkelebihan di Guar Sanji

PRU15: Mohd. Ridzuan berkelebihan di Guar Sanji

MOHD. Ridzuan Hashim bersama anak-anak muda di Guar Sanji, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim mempunyai kelebihan mempertahankan kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebagai penyandang kerusi berkenaan, Naib Yang Dipertua Pas kawasan Arau itu sudah lebih empat tahun bekerja di kawasan tersebut selain sudah dikenali penduduk setempat.

Tanpa menidakkan potensi lawan, Mohd, Ridzuan berkata, sepanjang tempoh tersebut, boleh dikatakan semua tempat dan rumah-rumah serta penduduk di kawasan berkenaan sudah didampingi dan berada dalam ingatan.

Katanya, beliau percaya penduduk peka dan bijak membuat pilihan dalam PRU15 nanti.

“Kita sudah bekerja lebih empat tahun di sini mendampingi masyarakat sekitar DUN Guar Sanji. Sepanjang tempoh tersebut, tidak ada tempat atau lorong di kawasan berkenaan yang saya tidak pernah sampai.

“Sebagai anak tempatan di sini, saya yakin penduduk peka dalam menentukan calon pilihan mereka. Sepanjang tempoh kempen ini, saya akan meneruskan rutin mendampingi rakyat di Guar Sanji,” katanya di sini hari ini.

DUN Guar Sanji bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Mohd. Ridzuan, Abdul Malik Abdullah (Pejuang); Hasparizal Hassan (PH) dan Rozieana Ahmad dari Barisan Nasional (BN).

Dalam PRU14, Mohd. Ridzuan menewaskan calon BN dan PKR di Guar Sanji dengan majoriti 328 undi.

Mohd. Ridzuan, 36, yang merupakan anak muda berlatarbelakang pendidikan dan agama yang baik selain cukup disenangi dalam kalangan penduduk di Guar Sanji juga disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar dari Pas jika PN berjaya menawan Perlis dalam PRU15.

Sebelum ini, Rozieana yang berpindah kerusi dari Pauh ke Guar Sanji itu menyatakan kesediaan ke kubu kuat Pas itu dan perlu ‘memecut’ dan berusaha lebih 200 peratus dalam tempoh menjelang PRU15 bagi memenangi hati pengundi di situ. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya