PRU15: Lima penjuru di DUN Tioman - Utusan Malaysia

PRU15: Lima penjuru di DUN Tioman

EMPAT calon hadir mana seorang tidak hadir dan menghantar wakil pada penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Rompin, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diadakan semula, 7 Disember ini ekoran kematian calon daripada Perikatan Nasional (PN) pada Sabtu lalu.

Pertandingan membabitkan empat calon yang disahkan layak bertanding 5 November lalu serta calon baharu mewakili PN, Nor Idayu Hashim.

Pengumuman lima calon itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tioman, Datuk Ahmad Nasim Mohd. Sidek.

Nor Idayu, 35, dicalonkan oleh PN menggantikan Md. Yunus Ramli yang meninggal dunia di Hospital Rompin akibat komplikasi jantung pada 19 November lalu.

Calon lain membabitkan penyandang DUN Tioman, Datuk Seri Johari Hussain mewakili Barisan Nasional (BN), Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Mohd. Fadzli Mohd. Ramly, Pakatan Harapan (PH).

Mohd. Johari menyandang kerusi DUN Tioman sejak 2008 dan menang dengan majoriti 1,280 undi dalam pertandingan empat penjuru pada PRU14.

DUN Tioman mempunyai 28,465 pengundi termasuk 262 pengundi awal dan tiga pengundi pos.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 3 Disember untuk undi awal dan pengundian pula 7 Disember.

Kerusi DUN Tioman turut menjadi tumpuan selepas keputusan PRU15 lalu menyaksikan kerajaan negeri tergantung kerana tiada parti bertanding mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Pada PRU15 Sabtu lalu, BN Pahang memenangi 16 kerusi, PN 17 kerusi dan PH lapan kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya