PRU15: Kerusi Beluran jadi rebutan BN-GRS 

PRU15: Kerusi Beluran jadi rebutan BN-GRS 

BUNG Moktar Radin (kanan) dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor (dua dari kiri) semasa pengumuman calon di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah masih menunggu keputusan perbincangan akhir antara parti itu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam memuktamadkan calon bagi kerusi Parlimen Beluran.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan memenangi kerusi Parlimen Beluran selama lima penggal bermula sejak 1999 di bawah tiket Barisan Nasional (BN).

Namun, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Ronald bersama empat ahli Parlimen Barisan Nasional bertindak keluar parti pada Disember 2018 dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Februari 2019.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kedua-dua parti BN dan GRS masing-masing mempunyai calon untuk diletakkan di situ.

“Kami masih dalam proses perbincangan dan kita harap ia selesai sebelum penamaan calon.

“Kedua-dua parti masih berbincang, ini sebenarnya adalah ‘play game’ dalam politik,” katanya semasa pengumuman calon BN-GRS semalam.

Penyandang kerusi Parlimen Kinabatangan itu turut memaklumkan Datuk Yamani Hafez Musa telah memberitahu Ketua Menteri bahawa dia tidak berhasrat untuk bertanding semula.

Tambah beliau, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman pula tidak pernah memaklumkan kepadanya tentang hasrat untuk membuat kemunculan semula.

Dalam pada itu, Bung Moktar memberi jaminan sekiranya BN-GRS menang pada PRU15, Sabah akan dibangunkan dengan sebaik mungkin.

“Saya dan Hajiji berjanji sumbang kerusi kita untuk bentuk kerajaan yang stabil. Kita harus melihat gambaran yang lebih besar iaitu janji kita kepada rakyat Sabah, jika menang kita akan bangunkan negeri Sabah.

“Itu kita punya impian untuk melihat Sabah menjadi sebuah negeri membangun berbanding negeri-negeri lain, tidak mustahil ia dapat dilakukan sekiranya kita saling bekerjasama,” katanya.

Menurut beliau, gabungan kerjasama kedua-dua parti itu penting maka, pemimpin dan penyokong BN perlu menyokong calon GRS, begitu juga dengan GRS yang harus menyokong calon BN di kerusi-kerusi yang tidak ditandingi oleh parti masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya