PRU15: Jentera BN diingatkan tidak melakukan serangan peribadi ketika berkempen - Utusan Malaysia

PRU15: Jentera BN diingatkan tidak melakukan serangan peribadi ketika berkempen

CALON BN Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub (depan empat kiri) tiba di pusat penamaan calon diiringi bersama penyokong untuk ke Bilik Gerakan Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang, Kelantan hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Semua jentera Barisan Nasional (BN) di negeri ini diingatkan supaya tidak sesekali melakukan serangan peribadi ke atas semua calon-calon daripada parti pesaing bagi meraih undi sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, semua pihak perlu menghormati konsep dan sistem demokrasi dalam negara dengan kepelbagaian pendapat supaya kempen-kempen dapat dilaksanakan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.

Menurutnya, apa yang lebih penting adalah memberi penerangan terbaik dengan meyakinkan rakyat supaya BN dapat menjadi pilihan pertama pada hari pengundian nanti.

“Kita semua ada kelemahan serta kelebihan, jadi jangan menyerang peribadi masing-masing dan tidak boleh memandang rendah mana-mana pihak kerana mereka juga mempunyai peluang dan rakyat akan menentukan.

“Apa yang paling penting, kita bercakap soal dasar parti, kemampuan parti yang kita wakili kali ini untuk membawa suara rakyat dan memberi kepentingan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon (PPC), Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang di sini hari ini.

Ahmad Jazlan yang juga calon BN Parlimen Machang memberitahu, semua pihak telah sedia maklum dengan rekod pencapaian BN dalam urus tadbir dan juga menjaga kepentingan rakyat yang sudah berdekad lamanya.

Katanya, setakat ini lebih 40 projek yang membabitkan kepentingan rakyat secara menyeluruh dilaksanakan sepanjang tempoh dua penggal beliau di Parlimen Machang.

“Kita tidak perlu ceritakan apa yang perlu BN buat kerana rakyat sudah tahu, malah banyak projek yang telah dilaksanakan serta yang masih dalam pelaksanaan.

“Insya-Allah, kita akan meneruskan konsep yang diwujudkan oleh BN untuk kepentingan rakyat kerana rakyat didahulukan tidak kira bangsa mana sekalipun bagi kestabilan politik,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya