PRU15: Isham Jalil akan lancarkan kempen secara positif

PRU15: Isham Jalil akan lancarkan kempen secara positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Parlimen Shah Alam, Hizatul Hisham Abd. Jalil atau mesra dengan panggilan Isham Jalil berikrar untuk berkempen secara positif sepanjang 14 hari kempen Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15).

Menurut Isham Jalil, pendekatan kempen yang dibawanya adalah untuk mencari jalan penyelesaian sesuatu isu bukannya menyalahkan mana-mana pihak.

“Pendekatan saya mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah bukannya mencari salah.

“Kempen saya adalah kempen positif iaitu kita bagi tahu rakyat apa yang kita hendak buat,” katanya di Seksyen 19 petang semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab apakah pendekatan beliau dalam mengisi kempen yang akan berlangsung selama 14 hari.

Terdahulu beliau diumumkan calon nombor tiga di dalam borang pengundian selepas Majlis Penamaan Calon PRU15 di Dewan Teratai Seksyen 19 semalam.

Isham Jalil berkata, setiap masalah yang dihadapi masyarakat di Parlimen Shah Alam seperti sistem perparitan, jalan berlubang dan pembangunan tidak stabil perlu jalan penyelesaian bukannya terus dibiarkan semakin teruk.

“Saya akan berkempen ke kawasan seperti Padang Jawa yang ramai golongan B40 dan melihat jalan berlopak di persimpangan di Bukit Jelutong.

“Macam-macam masalah ada (di Shah Alam) seperti masalah air, perparitan yang perlu diatasi,” katanya.

Mengulas lanjut, isu generasi muda yang tidak mempunyai pekerjaan turut akan diperjuangkan memandangkan berlaku peningkatan pengangguran antara 300,000 hingga 700,000 dalam kalangan golongan tersebut selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang pandemik Covid-19 selama dua tahun.

Beliau menambah, jika diberi mandat sebagai Ahli Parlimen, beliau akan memperkasakan bidang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan.

“Selain itu saya ingin memperjuangkan isu perumahan yang harganya begitu tinggi. Orang muda perlu bergaji RM11,000 sebulan untuk membeli rumah berharga RM500,000 hingga RM600,000,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya