PRU15: Ibu berpantang bawa bayi 40 hari tunai tanggungjawab - Utusan Malaysia

PRU15: Ibu berpantang bawa bayi 40 hari tunai tanggungjawab

SITI Najuwa Md. Azmi (kiri) mendukung bayinya ketika hadir untuk mengundi pada PRU15 di pusat mengundi SK Naka di Padang Terap. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Meskipun dalam keadaan berpantang, Siti Najuwa Md. Azmi, 32, tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Naka, di sini, hari ini.

Hadir ke sekolah tersebut pada pukul 8.25 pagi, Siti Najuwa mendukung bayinya yang baru berusia 40 hari, Ammar Merican Muhammad Hamizi Merican.

Menurut Siti Najuwa, dia perlu membawa anak ketiganya itu kerana bayi tersebut menyusu badan sepenuhnya.

“Disebabkan itu walau ke mana pun, saya akan bawa Ammar termasuklah untuk mengundi hari ini. Kami sekeluarga sebenarnya tinggal di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan pulang ke Kampung Padang Kerasak agar saya dapat menunaikan tanggungjawab mengundi hari ini.

“Selepas ini saya akan pulang ke Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk membolehkan suami, Muhammad Hamizi Merican Abu Bakar Merican, 32, menunaikan tanggungjawab mengundi di sana pula,” katanya ketika ditemui.

Tambahnya, urusan untuknya mengundi turut dipermudahkan apabila petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memintanya untuk segera ke depan dengan turut diberi laluan oleh pengundi-pengundi lain.

“Saya bersyukur kerana dapat menunaikan tanggungjawab ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kemudahan untuk saya berbuat demikian,” katanya yang merupakan seorang guru di SK Permatang Damar Laut di Pulau Pinang. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya