PRU15: Hujan renyai iringi proses penamaan calon di Gombak

PRU15: Hujan renyai iringi proses penamaan calon di Gombak

MOHAMED Azmin Ali (kanan), Megat Zulkarnain Omardin  (kiri) dan Amirudin Shari (tengah) semasa proses penamaan calon PRU15 bagi Parlimen Gombak di SMK Sungai Pusu Gombak, Selangor, hari ini. -UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan calon-calon yang merebut kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) ketika proses penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, di sini pagi ini.

Setakat ini, empat calon sudah mengumumkan  bertanding dan fokus tertumpu kepada penyandang tiga penggal, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu bagaimanapun dicabar ‘muridnya’ sendiri, Datuk Seri Amirudin Shari mewakili Pakatan Harapan (PH) dan adik kandungnya, pengacara sensasi, Azwan Ali (Bebas).

Azwan yang tiba di pusat penamaan itu pagi ini bagaimanapun mengumumkan menarik diri daripada menjadi calon Bebas dalam pilihan raya kali ini.

Malah dalam pilihan raya yang disifatkan paling sengit ini turut menyaksikan anak jati Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin mewakili Barisan Nasinal (BN) berentap merebut kerusi panas itu.

Gerakan Tanah Air (GTA) pula mencalonkan Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir.

Buat masa ini, kerusi Parlimen Gombak menyaksikan pertembungan empat penjuru dan calon-calon Bebas lain belum kelihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya