PRU15: Hubungan BN-GPS amat baik - Ismail Sabri

PRU15: Hubungan BN-GPS amat baik – Ismail Sabri

ISMAIL Sabri Yaakob bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sarawak di Kompleks Bunga Raya, KLIA. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjangkakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memenangi lebih banyak kerusi di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri berkata, beliau juga menjangka kerusi yang bakal dimenangi GPS itu lebih banyak berbanding PRU14.

Menurutnya, hubungan antara beliau dengan rakan kerjasama Barisan Nasional (BN) itu adalah amat rapat.

“Jika dilihat pada sejarah, parti-parti di Sarawak seperti PBB dan sebagainya pernah berada di dalam BN sehingga kita kalah pada PRU14.

“Kekalahan pada PRU14 itu tidak memisahkan kita kerana kita bersama-sama sebagai pembangkang ketika di bawah Pakatan Harapan (PH).

“Apabila kita membentuk kerajaan, GPS turut bersama kita. Jadi, dari segi hubungan tidak pernah putus sejak dahulu walaupun tidak dalam komponen BN.

Katanya, sebagai Perdana Menteri, beliau beberapa kali mengadakan lawatan ke Sarawak dan hubungan itu sentiasa mesra.

Ditanya mengenai tindakan calon bebas menggunakan logo BN di Santubong, Ismail berkata, beliau berhadap pengundi di sana tidak terkeliru dengan tindakan itu.

“BN tidak pernah merestui sesiapa pun calon bebas itu malah tidak mengiktiraf mereka dan menyokong mereka sekali pun.

“Mereka tidak ada kena mengena langsung dengan BN,” katanya ketika ditemui di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini sejurus tiba dari Sarawak.

Ismail berada di Sarawak pagi tadi sempena Majlis Perasmian Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Seksyen Selangau.

Mengulas perkembangan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Ismail berkata, projek itu sudah 80 peratus siap dan ia dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya