PRU15: GTA mampu jadi kerajaan - Tun M

PRU15: GTA mampu jadi kerajaan – Tun M

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gerakan Tanah Air (GTA) mampu mentadbir negara sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Pengerusi Penajanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kemampuan itu mampu diterjemahkan kerana GTA dipimpin oleh pemimpin yang berpengalaman. 

Malah, beliau berkata, GTA juga dipimpin oleh pemimpin yang membangunkan negara menjadi ‘Harimau Asia’ serta dipimpin oleh individu yang mengalihkan Malaysia dari negara pertanian. 

“GTA juga berpegang kepada pemerintahan berasas undang-undang. Pengasingan antara pembuat undang-undang, pelaksana dasar dan undang-undang dan pengasingan kehakiman.

“GTA mampu membawa balik kestabilan politik, menghormati pilihan rakyat, menolak pintu belakang tebuk atap.

“GTA mesra swasta. Mencari pelaburan asing sehingga Malaysia jadi negara industri,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya