PRU15: GPS setuju bentuk kerajaan bersama PN, BN dan GRS

PRU15: GPS setuju bentuk kerajaan Persekutuan bersama PN, BN dan GRS

prui15
MUHYIDDIN Yassin (tengah) menerima kunjungan Abang Johari dan Abdul Hadi bagi membincangkan mengenai pembentukan Kerajaan Persekutuan di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan persetujuan untuk bekerjasama bagi membentuk kerajaan PersekutruanPerikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg petang ini.

Pada sebelah pagi beliau telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Abang Johari berkata, keputusan itu bertujuan mengukuh dan menstabilkan negara serta kesejahteraan rakyat.

Memetik lepoaran Bernama, beliau berkata, GPS memilih Muhyiddin sebagai calon perdana menterinya.

Kenyataan ini menyusul beberapa jam selepas Muhyiddin dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dilaporkan menemui Abang Johari untuk membincangkan pembentukan kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-15 yang menyaksikan tiada gabungan memiliki majoriti mudah.

Pakatan Harapan bersama Muda memenangi 82 kerusi Parlimen, disusuli PN (73), BN (30), GPS (22), GRS (6), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1) dan dua calon bebas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya