PRU15: DUN tidak mengundi punca kempen hambar - Utusan Malaysia

PRU15: DUN tidak mengundi punca kempen hambar

CHOW KON YEOW diraikan sempena hari lahir beliau selepas sidang akhbar di Seberang Perai, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

BUTTERWORTH: Kemeriahan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang masih berbaki hanya beberapa hari lagi kurang dirasai di Pulau Pinang disebabkan negeri itu tidak mengadakan pilihan raya serentak dengan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selain itu kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, cuaca hujan dan kebimbangan terhadap bencana banjir juga menyebabkan orang ramai tidak begitu memberi perhatian terhadap kempen PRU15.

Bagaimanapun kata beliau yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Batu Kawan, segala kempen dan program jentera PH Pulau Pinang sepanjang PRU15 akan tetap diteruskan seperti dirancang.

“Batu Kawan masih okay, ada pelbagai aktiviti berjalan, cuma ada beberapa kawasan lain yang agak perlahan dan bendera pun tak banyak.

“Cuaca buruk juga menyebabkan kemeriahan kempen PRU15 berkurangan sebab banyak kali juga ceramah dan program terpaksa dihentikan ekoran hujan lebat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang ditanya berkenaan situasi kempen PRU15 di negeri itu yang dilihat hambar serta tidak mendapat sambutan penduduk meskipun hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum hari pengundian Sabtu ini.

Mengulas lanjut Kon Yeow berkata, beliau sendiri giat merancakkan kempen pada tempoh masa yang berbaki lima hari lagi khususnya dalam menawan sokongan pengundi muda.

Jelas beliau, sokongan pengundi muda itu amat diperlukan dalam menentukan hala tuju negara pada masa depan.

Ujarnya, generasi baharu yang tidak melalui era reformasi pada tahun 90-an tidak mendapat gambaran betapa pentingnya setiap undi dalam mencorak politik negara.

“Saya juga membawa suara anak muda dan misi untuk memulihkan negara.

“Mereka perlu memikirkan secara serius mengenai masa depan Malaysia dan saya berharap mereka akan hadir mengundi pada 19 November nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya