PRU15: Berdebar, teruja pertama kali mengundi - Utusan Malaysia

PRU15: Berdebar, teruja pertama kali mengundi

MUHAMMAD TAQIFF ZULKIFLI dan QUAH XIN HUI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Pengundi belia teruja berikutan pertama kali menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) termasuk di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar, di sini hari ini.

Bagi Muhammad Taqiff Zulkifli, 19, dia mengakui pengalaman mengundi kali pertama adalah sesuatu yang mendebarkan kerana menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia dalam menentukan masa depan negara.

“Saya datang ke pusat mengundi pukul 9 pagi dan proses berjalan dengan lancar, pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun turut membantu,” katanya.

Sementara itu, Quah Xin Hui, 22, berkata, dengan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, dia berharap kerajaan baharu kelak akan memperkasakan pembangunan belia keseluruhannnya apabila diberi mandat kelak.

“Harap kerajaan (baharu) nanti dapat tunaikan tanggungjawab dengan amanah kerana rakyat memilih pemimpin untuk membela nasib mereka demi kesejahteraan,” katanya yang berasal dari Butterworth dekat sini.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati proses pengundian di Parlimen Tasek Gelugor berjalan lancar dengan kawalan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta petugas SPR.

Turut kelihatan pengundi warga emas yang dibantu petugas SPR menggunakan kerusi roda bermula dari proses ke saluran mengundi, mendaftar nama seterusnya memasukkan kertas undi ke dalam kotak undi.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Tasek Gelugor dimenangi calon BN (UMNO), Datuk Shabudin Yahaya dengan majoriti 81 undi selepas mendapat 18,547 undi menewaskan dua pencabarnya, Datuk Marzuki Yahya (PH) yang mendapat 18,466 undi dan calon Pas, Rizal Hafiz Ruslan (14,891 undi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya