PRU15: Anak muda suka bulan lebih terang di Kelantan - Utusan Malaysia

PRU15: Anak muda suka bulan lebih terang di Kelantan

Menteri Besar, Ahmad Yakob dijangka mengumumkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Gelombang sokongan ‘luar biasa’ dibawa pengundi muda menjadikan bulan lebih terang di negeri ini apabila menyapu bersih semua 14 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Ahmad Yakob berkata, strategi menggunakan simbol bulan nyata membawa tuah apabila meraih tinggi terutama di Tumpat, Pengkalan Chepa dan Tanah Merah berbanding PRU14.

Menurutnya, sokongan itu secara tidak langsung memberi mesej setiap berkaitan golongan tersebut perlu diambil berat.

“Mesej yang mereka sampaikan mesti didengari dan isu-isu berkaitan anak-anak muda mesti diambil berat. Sama ada kita akan berada di dalam Kerajaan Persekutuan atau tidak, isu-isu anak muda mesti mendapat tempat utama,” katanya pada sidang akhbar semasa menyaksikan keputusan PRU15 di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan di sini.

Menteri Besar itu memberitahu, kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang pada pilihan raya kali ini adalah sebahagian gelombang dibawa pengundi.

“Ini menunjukkan pengundi kini tidak lagi melihat kepada sosok tubuh pemimpin sebaliknya lebih melihat kepada dasar yang dibawa oleh parti itu sendiri. Ini membuktikan manifesto dikemukakan PN terutamanya di Kelantan menepati cita rasa rakyat termasuk anak-anak muda,” jelasnya.

Pada PRU15 sebentar Pas melakar kejutan apabila menyapu bersih 14 kerusi Parlimen di negeri.

Menariknya, Pas menang dengan majoriti cukup besar di beberapa kawasan kecuali Gua Musang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya