PRU15: Aminuddin bercuti sebagai Menteri Besar sepanjang tempoh kempen - Utusan Malaysia

PRU15: Aminuddin bercuti sebagai Menteri Besar sepanjang tempoh kempen

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan beliau akan mengambil cuti daripada tugas sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Aminuddin yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Port Dickson berkata, sepanjang tempoh itu, beliau tidak akan menggunakan aset kerajaan negeri seperti kenderaan-kenderaan jabatan.

Bagaimanapun, beliau akan tetap hadir mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan pada setiap Rabu bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri terus berjalan lancar.

“Saya akan mula bercuti pada Sabtu ini iaitu pada hari penamaan calon dan saya tidak akan menggunakan kemudahan yang ada, maknanya saya tidak akan gunakan kereta jabatan dalam kempen saya, dan tiada merasmikan apa-apa majlis.

“Melainkan saya perlu hadir Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, sekitar pukul 10 pagi hingga pukul 2 petang,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di Wisma Negeri di sini hari ini.

Aminuddin dalam pada itu berkata, mesyuarat itu pada hari ini bersetuju memberikan kebenaran sewa mana-mana dewan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini oleh mana-mana parti politik bagi tujuan kempen masing-masing.

“Sebagai sebuah negeri demokrasi, kita setuju untuk memberikan kebenaran. Kita tahu sekarang ini musim hujan, kadangkala menyukarkan untuk tujuan kempen, jadi kami benarkan semua parti untuk menyewa mengikut jam dan bukannya disewa dalam tempoh lama.

“Setakat tiga atau empat jam, selepas itu orang lain pula boleh guna. Jika pasang bendera (parti) namun sengaja tidak mahu menanggalnya, selepas itu, kami tidak berikan kebenaran lagi. Perkara ini juga telah kami maklumkan kepada semua pegawai daerah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran,” katanya.

Jelas beliau, sewaan tersebut hanya melibatkan dewan dan tidak melibatkan balai raya dan dewan yang berada di bawah bangunan kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya