PRU15: ADUN Meranti berkerusi roda hadir sokong Ahmad Fadhli  - Utusan Malaysia

PRU15: ADUN Meranti berkerusi roda hadir sokong Ahmad Fadhli 

MOHD. Nassuruddin Daud hadir berkerusi roda bagi memberi sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaary di Dewan Kolej Vokasional Pasir Mas, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud yang berkerusi roda hadir ke pusat penamaan calon di Kolej Vokasional Pasir Mas di sini bagi memberi sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaary.

Beliau yang patah kaki akibat kemalangan di Mesir dua bulan lalu bersama penyokong PN mengiringi Ahmad Fadli tiba kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Perarakan penyokong PN sejauh 500 meter bermula di Pejabat ADUN Meranti dalam keadaan hujan renyai.

Sementara itu, Gerakan Tanah Air (GTA) bagi Parlimen Pasir Mas, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif paling awal tiba di pusat penamaan calon iaitu kira-kira pukul 8.10 pagi.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ab. Ghani Harun pula pada pukul 8.50 pagi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Husam Musa pada pukul 9.15 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN