PRU15: 354 laporan polis, 27 kertas siasatan di Selangor

PRU15: 354 laporan polis, 27 kertas siasatan di Selangor

ARJUNAIDI MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Selangor merekodkan sebanyak 354 laporan polis dengan 27 kertas siasatan dibuka sepanjang 14 hari tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setakat semalam, seramai enam individu turut ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, jumlah itu termasuk 35 laporan terbaharu dan membuka satu kertas siasatan.

“Selain itu, sebanyak 94 ceramah dan 191 kempen berpermit diadakan oleh parti bertanding semalam menjadikan keseluruhan kempen dan ceramah berjumlah 3,573 di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Arjunaidi menasihatkan semua pihak sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

“Orang ramai diminta terus bersikap matang dan menghormati antara satu sama lain.

“Jangan melakukan sebarang perbuatan atau provokasi yang boleh mencetuskan insiden yang tidak dingini dan menggugat keselamatan serta ketenteraman awam,” ujarnya.

Tegas beliau, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada pihak yang cuba untuk mencetuskan huru hara ketika PRU15 dan boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang ditetapkan sekiranya melakukan kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya