PRU15: 30 peratus peruntukan Parlimen untuk pembangunan wanita Kepala Batas - Utusan Malaysia

PRU15: 30 peratus peruntukan Parlimen untuk pembangunan wanita Kepala Batas

REEZAL MERICAN Naina Merican (empat dari kiri) pada majlis pelancaran Ikrar Aku Janji Demi Kepala Batas di Wisma UMNO Kepala Batas, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Sebanyak 30 peratus daripada peruntukan yang diberi kepada ahli Parlimen akan dikhususkan untuk pembangunan wanita di Kepala Batas.

Itu janji calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sekiranya berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sempena pelancaran Ikrar Aku Janji Demi Kepala Batas di sini, malam tadi.

Reezal Merican yang juga penyandang bagi kerusi Parlimen tersebut sejak dua penggal lepas berkata, agenda pembangunan wanita itu merupakan sebahagian daripada tujuh agenda penting yang digariskan dalam ikrar aku janji berkenaan.

“Ikrar ini saya pilih perkataan aku janji sebab kita tak nak guna lagi perkataan manifesto kerana manifesto dikatakan bukan ‘kitab suci’ (oleh sesetengah pihak).

“Dalam hal ini, perkataan aku janji sebenarnya mempunyai konotasi yang lebih kuat berbanding manifesto,” katanya.

Selain agenda pembangunan wanita yang juga Teras Ketujuh atau terakhir dalam aku janji tersebut, enam teras lain turut diberikan perhatian yang sewajarnya oleh Reezal Merican.

Menurut beliau, Teras Pertama ialah membangun infrastruktur prasarana rakyat dan perumahan diikuti dengan mengukuh hubungan sosial dan komuniti pada Teras Kedua.

“Teras Ketiga ialah merancak aktiviti ekonomi setempat manakala Teras Keempat merujuk kepada pembangunan modal insan dan pendidikan.

“Sementara itu, Teras Kelima dan Keenam pula merujuk usaha mengimarah syiar Islam dan pembangunan rohani serta memperkasa agenda anak muda,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya