PRU15: 200 bungkus Nasi Arab percuma untuk pengundi

PRU15: 200 bungkus Nasi Arab percuma untuk pengundi

ZULRAHIM Yusof menyediakan 200 bungkus Nasi Arab percuma kepada pelanggan yang telah menunaikan tanggungjawab mengundi pada Sabtu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengusaha Restoran Al-Hanin di Taman Rinting, Zulrahim Yusof akan menyediakan 200 bungkus Nasi Arab secara percuma kepada pengundi yang mengunjungi premisnya, Sabtu ini.

Zulrahim berkata, inisiatif itu bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat keluar menunaikan tanggungjawab mereka mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pihaknya juga akan memberikan diskaun sebanyak 15 peratus kepada pelanggan yang menikmati makanan secara ‘dine-in’.

“Pelanggan hanya perlu menunjukkan jari mereka yang telah dicelup dakwat sebagai tanda sudah mengundi dan kami akan beri sebungkus Nasi Arab Mandy berlauk ayam. Promosi ini terhad sebanyak 200 bungkus.

“Namun, kepada pelanggan yang hadir untuk makan di sini, mereka boleh menikmati tawaran diskaun makanan sebanyak 15 peratus dan promosi ini bermula pukul 11 pagi, hari Sabtu,” katanya di sini hari ini.

Zulrahim berharap generasi muda bukan sahaja di Pasir Gudang, malah di seluruh negara untuk bersama-sama keluar mengundi demi menentukan masa depan negara pada 19 November ini.

“Semoga kerajaan baharu yang ditubuhkan kelak stabil dan menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau turut menganggap inisiatif itu sebagai salah satu cara berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat yang telah menyokong perniagaannya selama ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya