PRU15: 20 November cuti umum di Kelantan - Utusan Malaysia

PRU15: 20 November cuti umum di Kelantan

SEORANG lelaki melintasi deretan bendera parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang di pasang di Lubok Jong, Pasir Mas, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tarikh 20 November diumumkan sebagai Hari Kelepasan Am oleh kerajaan negeri sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang hari ini bersetuju mengisytiharkan tarikh 18 dan 19 November ini sebagai Hari Kelepasan Am.

Menurutnya, memandangkan kedua-dua hari tersebut jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan bagi negeri Kelantan iaitu pada Jumaat dan Sabtu, maka hari berikutnya iaitu pada Ahad bersamaan 20 November dijadikan sebagai Hari Kelepasan Am.

“Perkara ini selaras Pekeliling Perkhidmatan Negeri Bilangan 7 Tahun 1996. Perdana Menteri mengumumkan 18 dan 19 November sebagai Hari Kelepasan Am bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk keluar mengundi.

“Sehubungan itu, pengisytiharan Hari Kelepasan Am ini adalah bagi memberi kemudahan dan peluang kepada rakyat khususnya yang bertugas di Kelantan untuk keluar atau pulang mengundi dalam PRU15 di kawasan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya