PRU-15: Peningkatan lebih 1.26 juta pengundi di Selangor

PRU-15: Peningkatan lebih 1.26 juta pengundi di Selangor

BEBERAPA anggota SPR Selangor sedang membuat demonstrasi perjalanan proses pengundian di ibu pejabat SPR Selangor, Shah Alam, Selangor hari ini-UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM :  Jumlah pemilih berdaftar di Selangor meningkat lebih 1.26 juta pengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang berlangsung 19 November ini.

Timbalan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Selangor, Kamarul Azman Ahmad Sabri berkata, peningkatan sebanyak 52.28 peratus ini berlaku setelah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan pendaftaran automatik serta Undi-18.

“Rekod SPR mendapati jumlah keseluruhan pemilih pada PRU-15 adalah seramai 3,677,848 berbanding pada PRU-14 hanya 2,415,074.

“Berdasarkan statistik, seramai 1,824,683 adalah pengundi lelaki manakala 1,853,165 adalah pemilih berdaftar perempuan,” katanya ketika ditemui selepas taklimat media berhubung PRU-15 di ibu pejabat SPR Selangor di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, jumlah pengundi yang terdiri daripada orang biasa adalah 3,652,790 dan jumlah pengundi awal bagi anggota tentera (7,468), anggota polis (16,779) dan rakyat Malaysia di luar negara (811).

Kata Kamarul Azman, Bangi merupakan kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi tertinggi di negeri ini iaitu 303,430 diikuti Kota Raja (244,712) dan Subang (230,940) manakala terendah adalah Sabak Bernam (51,609).

“Seramai 56,707 petugas SPR dalam PRU15 di Selangor kali ini dengan 974 pusat pengundi dibuka termasuk 51 pusat pengundi awal.

“Selain itu, 6,219 saluran tempat mengundi dan sejumlah 22,003 botol dakwat disediakan untuk kegunaan pengundi,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya