Empat penjuru Parlimen Semporna, 7 penjuru DUN Bugaya

PRU-15: Empat penjuru di Parlimen Semporna, tujuh penjuru DUN Bugaya

CALON Parlimen Semporna (kiri-kanan) Ab Razik @ Ab Rajak Hamid, Nixon Abdul Habi, Mohd. Shafie Apdal dan Arastam Pandorog semasa penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Kerusi Parlimen Semporna menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Semporna, Juraimin Jadil semasa penamaan calon PRU-15 di Dewan Masyarakat Semporna.

Empat calon yang bersaing bagi kerusi Parlimen Semporna ialah Arastam Pandorog mewakili Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mewakili Parti Warisan (Warisan), Nixon Abdul Habi dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ab Razik @ Ab Rajak Hamid dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Sementara itu, sebanyak tujuh calon disahkan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya.

Tujuh calon DUN Bugaya ialah Mohd. Hassan Abu Bakar dari Pejuang, Jamil Hamzah (Warisan), Nazmawati Walli dari Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zulfadzli Shi Ahmad sebagai calon Bebas (Perahu), Karil Pg Kuraini (Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Abd Aziz Mohd Ibno (Barisan Nasional) dan Arastam Pandorog dari PH. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya