Promosi produk pelancongan secara agresif - Raja Muda Perlis

Promosi produk pelancongan secara agresif – Raja Muda Perlis

raja muda
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) menyerahkan cenderahati kepada wakil delegasi yang dari The Policies and Strategies for Economic and Social Development (PSED) Foundation Phuket, Thailand ke Perlis di Masjid Al-Abrar Kubang Gajah, Arau, Perlis.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan semua pemain industri pelancongan mempromosikan produk masing-masing dengan agresif menggunakan media sosial sepanjang bulan ini.

Titah baginda, langkah tersebut adalah susulan Perlis bakal menerima ribuan pengunjung dari seluruh negara susulan pelaksanaan sesi Istiadat Konvokesyen di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Di samping itu, Tuanku Syed Faizuddin turut menitahkan agar tahap kebersihan, susun atur dan keceriaan setiap premis dapat ditingkatkan dengan harga ditawarkan kekal berpatutan.

“Oleh kerana hujan kerap berlaku pada musim ini, maka setiap pengusaha juga mesti mengambil kira faktor cuaca dengan serius supaya segala perancangan alternatif telah diatur demi keselesaan pengunjung dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka,” titah baginda selepas berkenan menerima mengadap delegasi dari The Policies and Strategies for Economic and Social Development (PSED) Foundation Phuket, Thailand ke Perlis di Masjid Al-Abrar Kubang Gajah di sini hari ini.

Rombongan itu diketuai dua orang Naib Presiden PSED, Sodri Islam dan Kitrawee Pakornariyaphak bersama-sama ahli jawatankuasanya, Police Liuetenant Colonel Salan Santisatsanakul, Ilya Aleemeen, Witoon Sirasantipong dan Arunporn Eangchuan.

Kehadiran delegasi itu ke Perlis adalah bagi mempromosikan Persidangan Antarabangsa ‘Phuket Dialogue Prelude 2022’ bertajuk ‘Transforming Phuket’s Future : Unlocking Business Investment Opportunities’ pada 9-11 November depan.

Istiadat Konvokesyen Ke-16 Unimap pada 21-24 November melibatkan kira-kira 2,800 penerima ijazah dan disusuli dengan Istiadat Konvokesyen ke-17 pada 26-29 November melibatkan 3,000 penerima.

Istiadat Konvokesyen KUIPs pula akan diadakan pada 12 November ini di Dewan Harumanis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Pauh Putra melibatkan seramai 215 penerima.

Pada masa yang sama, Kejohanan Woodball Terbuka Perlis (Perlis Open) 2022 anjuran Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Perlis pula akan berlangsung bermula 25-27 November di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Unimap Pauh Putra. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya