PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin mendesak Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Presiden UMNO.
Katanya, Ahmad Zahid seharusnya bertanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Apabila kalah dalam peperangan, panglima besar mesti ada maruah untuk mengambil tanggungjawab.
“Lebih-lebih lagi bila strategi perang diatur oleh panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di medan tersungkur,” katanya dalam kenyataan.
Justeru, beliau menyifatkan Ahmad Zahid perlu berundur dengan segera supaya reformasi UMNO dapat disegerakan.
“Presiden mesti undur. Sekarang. Reformasi UMNO tidak boleh ditangguh lagi,” katanya. – UTUSAN