Poster ucapan Ahmad Zahid jadi TPM palsu

Poster ucapan Ahmad Zahid jadi TPM palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perdana Menteri menjelaskan satu poster ucapan tahniah pelantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri seperti yang tular dalam media sosial adalah palsu.

Justeru, jabatan berkenaan meminta orang ramai tidak menyebarkan dan berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti dan palsu.

Setakat ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum mengumumkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri selepas pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Semalam, Anwar memaklumkan pengumuman senarai Kabinet akan mengambil masa beberapa hari lagi, dengan perbincangan untuk melantik menteri turut sedang dilaksanakan bersama parti gabungan Pakatan Harapan (PH)

Setakat ini, kerajaan perpaduan disertai PH yang mempunyai 82 kerusi dan diikuti Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (23), dan Gabungan Rakyat Sabah (enam) dengan keseluruhan kekuatan kini hampir mencecah dua pertiga ahli Parlimen. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya