Poster, serta sepanduk Dr. Daroyah dikoyak

Poster, serta sepanduk Dr. Daroyah dikoyak

DR. Daroyah Alwi menunjukkan salah satu poster kempennya dikoyak di Jalan Dato' Tahir Manan, Klang, Selangor. -UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebanyak lima bahan kempen iaitu dua poster dan tiga sepanduk milik calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) bagi Parlimen Kapar, Dr. Daroyah Alwi dikoyak pihak tidak bertanggungjawab, semalam.

Menurutnya, kesemua bahan kempen itu ditampal di sekitar Jalan Dato’ Tahir Manan, di sini.

“Saya tidak menjangkakan hal seperti ini berlaku walaupun kita sudah memasuki era serba moden. Saya amat kecewa,” katanya ketika ditemui di Jalan Dato’ Tahir Manan, di sini, hari ini.

Dr. Daroyah memaklumkan bahawa beliau membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara hari ini dan berharap pihak polis dapat menangkap individu yang melakukan tindakan khianat terbabit.

“Kita sepatutnya meraikan amalan demokrasi di negara ini, iaitu membolehkan mana-mana pihak bertanding dalam pilihan raya umum.

“Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak namun berharap kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi di kawasan Kapar sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika ini,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya