PETALING JAYA: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjelaskan poster yang tular dalam media sosial khususnya melalui Facebook bertajuk ‘PM – Kenaikan Tangga Gaji Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diumumkan dalam masa terdekat’ adalah palsu.
Justeru, orang ramai diminta tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.
“Maklumat seperti poster tersebut adalah palsu. Sila rujuk akauan media sosial rasmi JPM untuk berita sahih,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – UTUSAN