Polis siasat Zulhuzaimy berkaitan video mahu sembelih

Polis siasat Zulhuzaimy berkaitan video mahu sembelih orang bukan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kenyataan didakwa berbaur perkauman dan ugutan menerusi video melibatkan pelakon Zulhuzaimy hingga menimbulkan kemarahan orang ramai. 

Siasatan dibuka di bawah Seksyen 506, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihaknya telah menerima laporan polis berkaitan video tersebut. 

“Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman. 

“Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 506, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Terdahulu, pelakon berusia 43 tahun yang turut dikenali sebagai Spark tampil membuat permohonan maaf berikutan kenyataannya mahu menyembelih orang bukan Islam dalam satu ceramah di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.

Permohonan maaf itu dimuat naik dalam satu video di Instagram miliknya yang berdurasi tiga minit 21 saat pada awal pagi tadi.

Menurutnya, video tular itu perlu ditonton secara penuh bagi memahami maksud yang sebenar, bukan memberi gambaran atau berbaur perkauman.

Sebelum ini, tular rakaman video berdurasi 44 saat oleh pelakon tersebut yang dirakam dalam satu program di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya