Polis buka 2 kertas siasatan, bakar mercun, rosak bendera

Polis buka dua kertas siasatan, bakar mercun, rosak bendera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Polis Johor membuka dua kertas siasatan berkaitan insiden yang berlaku ketika tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hingga semalam.

Jurucakap Media PRU15 Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, ia melibatkan insiden membakar bunga api dan mercun serta perbuatan khianat merosakkan bendera parti.

“Siasatan pertama dibuat bagi kes sebuah parti yang sedang berkempen kemudian membakar mercun dan bunga api di Buloh Kasap, Segamat, manakala satu lagi siasatan berkaitan khianat merosakkan bendera parti di Kampung Sri Makmur, Plentong.

“Dua kertas siasatan ini dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ibrahim memberitahu, Polis Johor juga telah meluluskan sebanyak 116 permit di seluruh negeri, semalam. Jumlah itu menjadikan permit yang diluluskan meningkat kepada 297 permit sejak hari penamaan calon, Sabtu lalu.

Polis Johor turut menasihatkan supaya semua parti serta kumpulan penyokong menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan seperti mencabut atau membakar poster, gegantung, bendera, kain rentang mana-mana parti politik. 

“Semua parti diingatkan supaya tidak memasang bendera atau apa jua bahan kempen yang boleh menghalang papan tanda lalu lintas dalam tempoh masa berkempen.

“Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, pihak yang berkaitan boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya