‘Pokok Kelestarian’ terap elemen ESG

‘Pokok Kelestarian’ terap elemen ESG

PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang bergambar di photobooth sudut ‘Pokok Kelestarian’ pada MSAM 2022 yang diadakan di Kawasan Lapang Pantai Batu 1, Port Dickson semalam. – FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sudut ‘Pokok Kelestarian’ berkonsepkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) yang menjadi agenda Permodalan Nasional Berhad (PNB) menarik perhatian pe­ngunjung pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2022 di sini.

Orang ramai dilihat melawat sudut pameran tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan amalan ESG selaras dengan tema MSAM 2022 ‘Melestarikan Pelaburan Ke Arah Masa Hadapan Mampan’.

Wakil pempamer, Azreen Sofea Noor Effendy berkata, pengunjung juga boleh me­ninggalkan mesej atau ucapan di ‘Pokok Kelestarian’ sebagai usa­ha menyokong aspirasi PNB untuk menjimatkan penggunaan air dan tenaga elektrik.

“Orang ramai boleh mera­kam gambar secara percuma di photobooth yang disediakan,” katanya.

Bersesuaian dengan tema MSAM 2022, elemen kelesta­rian telah diterapkan antaranya memasang panel solar yang menjana elektrik di laluan koridor khemah lutsinar untuk mengurangkan penggunaan elektrik dan tadahan air hujan di sekitar tapak ini.

Di samping itu, semua sisa pepejal akan dilupuskan di Tapak Pelupusan Dengkil Inert Waste Landfill dan boleh menjana sehingga 2.0 Megawatt tenaga elektrik untuk penggunaan domestik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya