PN teliti pengeluaran KWSP bersasar jika menang

PN teliti pengeluaran KWSP bersasar jika menang

SEBAHAGIAN penyokong PN yang hadir pada majlis pelancaran manfesto di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) akan meneliti pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu menjadi pertimbangan meskipun ia tidak terdapat dalam tawaran PN pada pilihan raya umum kali ini.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan pusat yang diterajuinya sebelum ini pernah membenarkan tiga pengeluaran caruman itu menerusi inisiatif i-Citra, i-Lestari dan i-Sinar.

“Pengeluaran KWSP tidak ada dalam manifesto, tetapi dulu kita buat Insya-Allah (jika) kita menang akan lihat semula tentang (pengeluaran) KWSP bersasar.

“Kalau dulu kita sudah benarkan (pengeluaran)  beberapa kali (seperti) i-Lestari walaupun (pada) awalnya agak sukar, tetapi pertama kita kena tengok berapa banyak simpanan oleh pihak yang mahu mohon, kalau sudah habis, nak bersasar apa.

“Namun, ini perkara penting kita akan beri pertimbangan sebaiknya apabila jadi kerajaan,” katanya ketika ditanya soal pengeluaran KWSP bersasar dalam sesi dialog yang berlangsung di majlis pelancaran manifesto PN di sini, malam ini

Terdahulu, sebanyak 234 tawaran dikemukakan PN yang merangkumi 12 tunjang dan 30 pendekatan pada pilihan raya umum kali ini.

Antara tunjang yang menjadi tumpuan adalah ekonomi masa hadapan, meningkatkan nilai dan hidup rakyat serta membersihkan politik dan tadbir urus.

Selain itu, mensejahterakan bumiputera, orang asli dan semua kaum, merapatkan jurang pembangunan wilayah, melestarikan alam sekitar serta memperkasakan belia. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya