PN janji teliti isu doktor kontrak

PN janji teliti isu doktor kontrak

PENYOKONG PN yang hadir pada majlis pelancaran manifesto di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor, malam ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) berjanji meneliti isu doktor kontrak untuk mendapatkan perjawatan tetap dalam perkhidmatan kesihatan awam sekiranya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu boleh dipertimbang kerana manifesto PN menawarkan sebuah penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan pada pilihan raya umum kali ini.

Beliau berkata, ini kerana kewujudan suruhanjaya itu adalah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pegawai perubatan dan kumpulan sokongan termasuk perjawatan doktor, kes buli dan kebajikan doktor kontrak serta isu kekurangan doktor pakar.

“Isu berbangkit tadi (doktor kontrak) sebenarnya waktu saya jadi Perdana Menteri dan pada peringkat Covid-19 timbul soal ini yang mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) doktor tuntut supaya kedudukan mereka (doktor kontrak) jadi doktor tetap (serta) perkara ini dibincang panjang lebar.

“(Namun, isu doktor kontrak) ini kena kita teliti, saya janji akan teliti kerana dalam manifesto (ada tawaran) tubuh Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan. Skop suruhanjaya begitu luas dan pastinya dibentuk kita akan minta teliti secara mendalam bagaimana cadangan disebut (isu doktor kontrak).

“Jadi saya berjanji bila mana suruhanjaya tertubuh satu dari perkara boleh beri teliti adalah bagaimana jadikan profesion kedoktoran awam sebagai jawatan tetap,” katanya dalam sesi dialog di majlis pelancaran manifesto di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian apabila menjawab persoalan peserta berhubung Gerakan Hartal Doktor Kontrak yang menuntut agar doktor kontrak mendapat jawatan tetap. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya