PN dakwa sudah ada majoriti

PN dakwa sudah ada majoriti

YONG Teck Lee ketika ditemui pemberita selepas mengunjungi kediaman Pengerusi Perikatan Nasional., Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sri Damansara, di sini hari ini.-UTUSAN/M. Firdaus M. Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 10 kenderaan serba hitam keluar dari pekarangan rumah Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pukul 4.40 petang tadi.

Antara kenderaan itu membawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee.

Teck Lee sewaktu diajukan soalan oleh media, sama ada Barisan Nasional (BN) akan menyertai gabungan PN membentuk kerajaan, beliau berkata, PN sudah mempunyai majoriti cukup membentuk kerajaan.

“Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah ada majoriti. Memang banyak ahli-ahli Parlimen daripada pelbagai parti,” katanya di sini, semalam.

Beliau turut diajukan soalan sama ada Pakatan Harapan (PH) akan diberi peluang bersama PN membentuk kerajaan dan berkata bahawa kedudukan PH adalah seperti yang diumumkan Presiden PN sebelum ini.

Semalam, sewaktu sidang media PN di Glenmarie, Shah Alam, Muhyiddin menegaskan bahawa PN tidak akan bekerjasama dengan PH bagi mendapatkan majoriti membentuk kerajaan.

Dalam pada itu, Teck Lee sewaktu menjelaskan penyertaan BN bersama-sama PN bagi membentuk kerajaan berkata, akan ada berita tentang perkembangan tersebut dalam masa terdekat.

Sementara itu, Utusan Malaysia menghubungi Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang berkata, kepemimpinan parti tersebut akan mengadakan satu mesyuarat khas malam ini bertempat di Glenmarie, Shah Alam.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut butiran mesyuarat itu.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya