PN bayar sehingga RM50,000 dapatkan pempengaruh TikTok 

PN bayar sehingga RM50,000 dapatkan pempengaruh TikTok 

RAFIZI Ramli ketika berucap pada siri Ceramah Ayuh Malaysia di Desa Pinggiran Putra, Selangor. -UTUSAN/FAIZOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa Perikatan Nasional (PN) sanggup berhabis duit bagi menggunakan figura TikTok terkenal sebagai modal kempen politik mereka.

Menurutnya, kos bagi seorang pempengaruh TikTok boleh mencecah antara RM20,000 hingga RM50,000.

“Bayangkan kalau ada berpuluh-puluh video TikTok, kosnya mungkin berjuta. Hanya dengan pakai baju logo PN sahaja.

“Saya tahu sebab itu cara saya cari (menguruskan syarikat) makan. Syarikat saya sebahagian operasinya buat pemasaran digital. Jadi, saya tahu berapa harga seorang ‘influencer’.

“Influencer biasa macam saya ini harga RM5,000 sahaja. Anda boleh bayangkan betapa banyaknya duit PN sehinggakan boleh bayar influencer,” katanya ketika berucap pada siri Ceramah Ayuh Malaysia di Desa Pinggiran Putra, di sini malam tadi.

Katanya, PN juga mempunyai sumber dana yang banyak bagi menggerakkan kempen, malah ia dibuktikan dengan meriahnya bahan kempen PN di seluruh negara.

Rafizi berkata, PN dilihat paling ke hadapan dari segi bahan kempen termasuk bendera besar, papan iklan dan kempen di media sosial.

Dalam pada itu, Rafizi juga mendakwa calon Barisan Nasional (BN) kini mengeluh tiada duit untuk menggerakkan kempen, malah tidak kisah untuk tidak menang pilihan raya kali ini.

“Saya ada tanya kawan-kawan dalam UMNO. Semuanya mengeluh tiada duit. Itu sebab bahan politik mereka kurang.

“Malah, ada kawan UMNO juga maklumkan mereka juga tidak kisah untuk tidak menang pilihan raya kali ini kerana tumpuan mereka adalah pemilihan UMNO tidak lama lagi.

“Daripada belanja besar untuk pilihan raya yang susah mahu menang, baik simpan duit untuk pemilihan UMNO dalam tempoh empat bulan lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya