PM bersama pengundi lain beratur mengundi

PM bersama pengundi lain beratur mengundi

ISMAIL Sabri Yaakob dan Muhaini Zainal Abidin beratur untuk mengundi pada PRU-15 di SMK Bandar Kerayong di Bera, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba kira-kira pukul 9.20 pagi untuk mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong di sini hari ini.

Perdana Menteri dan isteri beramah mesra dengan pengundi di situ sebelum beratur bagi mengundi di saluran dua di sekolah itu.

“Saya nak beratur macam orang lain,” kata Ismail Sabri.

Perdana Menteri mempertahankan kerusi Parlimen Bera dalam pertandingan tiga penjuru dengan wakil Perikatan Nasional (PN), Datuk Asmawi Harun dan calon Pakatan Harapan (PH), Abas Awang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya