PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bersaing sengit untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), setakat pukul 1.15 pagi ini.
Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PH meraih 49 kerusi, manakala DAP di Sarawak mendapat lima kerusi.
PN pula memperoleh 29 kerusi manakala Pas di Kelantan dan Terengganu meraih 22 kerusi.
Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) pula jauh ketinggalan apabila hanya mendapat 23 kerusi. – UTUSAN